GUM ARABIC / GAM ARABIC
Al-Manna / Arabic Gum diakui
oleh 3 Kitab Besar Agama ialah Injil, Taurat & Al-Quran (Surah Al-Baqarah,
ayat 57). Ibaratnya,’Saffron adalah wangian Syurga’, ‘Air Zam-Zam adalah
minuman Syurga’ & ‘Al-Manna adalah makanan Syurga’.
Di dalam Seerah Nabi Musa A.S, Al-Manna adalah makanan anugerah daripada Syurga kepada Kaum Bani Israil. Nabi Musa A.S & Bani Israil telah lari daripada Firaun, membelah laut merah kepada dua & akhirnya terselamat. Bermulalah pengembaraan mereka mencari kawasan sebagai penempatan di bumi Tuhan.
Semasa pengembaraan tersebut, mereka memohon dikurniakan makanan daripada Allah, lalu Allah menurunkan Al-Manna wa Salwa. Al-Manna itulah yang dikenali hari ini sebagai Arabic Gum, yang tumbuh subur di negara Sudan.
Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia, terutamanya di Amerika dan Eropah. Dalam artikel ini dan juga artikel-artikel yang lain, gum arabic (gam arab) merujuk kepada gum arabic yang terbaik iaitu dari jenis acacia senegal.
Di dalam Seerah Nabi Musa A.S, Al-Manna adalah makanan anugerah daripada Syurga kepada Kaum Bani Israil. Nabi Musa A.S & Bani Israil telah lari daripada Firaun, membelah laut merah kepada dua & akhirnya terselamat. Bermulalah pengembaraan mereka mencari kawasan sebagai penempatan di bumi Tuhan.
Semasa pengembaraan tersebut, mereka memohon dikurniakan makanan daripada Allah, lalu Allah menurunkan Al-Manna wa Salwa. Al-Manna itulah yang dikenali hari ini sebagai Arabic Gum, yang tumbuh subur di negara Sudan.
Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia, terutamanya di Amerika dan Eropah. Dalam artikel ini dan juga artikel-artikel yang lain, gum arabic (gam arab) merujuk kepada gum arabic yang terbaik iaitu dari jenis acacia senegal.
Berikut adalah fakta-fakta dan
maklumat tentang Gum Arabic atau mengenai kebaikan-kebaikan Gum Arabic:-
1. US Food and Drug
Administration (USFDA) menyatakan Gum Arabic adalah satu sumber serat makanan
yang paling selamat. Dengan pengiktirafan ini, Gum Arabic diakui sebagai sumber
serat makanan seperti makanan-makanan yang lain.
2. Jawatankuasa Pakar Food and
Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) telah
bersama-sama membuat ujian tentang penggunaan ke atas gum arabic dan
mengesahkan bahawa Gum Arabic adalah bahan yang amat selamat untuk dijadikan
sebagai makanan tambahan.
3. Orang-orang pedalaman Sudan
dan Mesir telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan
sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka, malah memberikan mereka tenaga yang
diperlukan untuk bekerja di ladang-ladang.
4. Gum Arabic tidak dicerna
dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid
lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang menyumbang kepada
pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik
membekalkan makanan kepada bakteria baik probiotik yang bertanggungjawab dalam
membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Probiotik, yang
hidup di dalam kolon dan apendiks, berperanan mengukuhkan sistem imuniti dan
memerangi bakteria berbahaya. Probiotik juga sedikit sebanyak beperanan
mengurangkan kolesterol dalam darah, sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan
kanser dalam tisu hidup, sebagai antioksidan dan pendiding kepada keracunan hati
dan jantung.
Ikutilah tentang perbezaan
antara prebiotik dan probiotik dan peranan mereka dalam memantapkan sistem imun
badan manusia.
5. Kajian membuktikan Gum Arabic
boleh mengurangkan beban kepada buah pinggang dan merawat sakit buah pinggang
yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition,
melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet
rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen
najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah berbanding dengan pesakit
yang hanya makan diet rendah protein tanpa makan gum arabic. Gum arabic
didapati boleh membantu menurunkan uraemia dan sekaligus mengurangkan kekerapan
dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang
kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine,
Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani,
Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF)
selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh
mengurangkan kesan buruk CRF.
6. Ramai ahli saintis atau
pengkaji telah menemui atau membuktikan bahawa Gum Arabic adalah setaraf dengan
susu ibu dari segi kesan prebiotiknya dan keberkesanan Gum Arabic merawat
pelbagai penyakit yang berpunca daripada usus, lemak, gula atau kolesterol
sudah tidak diragui lagi. Semua pengkaji bersetuju bahawa Gum Arabic boleh
membantu badan berfungsi dengan sempurna bagi menghalang atau merawat pelbagai
penyakit yang berpunca dari makanan dan minuman yang tidak sihat dan pencemaran
air, udara dan radiasi.
A) Dr. Isam Siddiq, seorang
pakar dalam Gum Arabic dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah
bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk
menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus. Dr.
Isam menambah lagi bahawa kandungan prebiotik dalam Gum Arabic bertindak
menyuburkan bakteria baik dalam usus yang bertanggungjawab membuang segala toksin,
lemak yang berlebihan dan bahan-bahan yang tidak berguna (waste) dari badan.
Prebiotik juga menguatkan sistem imun dan melawan bakteria yang berbahaya. Dr.
Isam juga mengkritik karenah Barat yang lebih mempromosikan gandum dan barli
sebagai sumber serat makanan yang diperlukan oleh badan, sedangkan gandum dan
barli mengandungi kalori yang tinggi yang akhirnya membawa kepada penyakit
diabetis dan obesiti. Sedangkan serat makanan yang amat baik untuk badan adalah
serat makanan larut yang terdapat dalam Gum Arabic yang juga mempunyai kesan
prebiotik. Kebanyakan doktor perubatan yang mengesyorkan pengambilan serat
makanan antara 25-35 gram sehari adalah mereka yang tidak mempelajari tentang
sains nutrisi, jadi mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang jenis serat yang
baik dan yang tidak baik.
B) Gum Arabic boleh merawat
cirit birit ringan, masalah buasir dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
saluran gastro usus, iaitu kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum,
dan dubur. Ini telah dinyatakan oleh Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang
pakar pediatrik. Beliau berkata, penyelidikan perubatan yang dijalankan ke atas
Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit
seperti penyakit usus dan lain-lain, rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit,
cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak,
hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Menurut beliau lagi, kajian-kajian
mengenai perkara ini telah dijalankan di Hospital Ahmed Qassim dan Hospital
Ja'far Ibn Aouf di Sudan dan Hospital al-Qasr al-Aini di Mesir.
C) Hamid Al-Amin, pensyarah di
Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai kegunaan Gum Arabic dalam
perubatan, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti
selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji
sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan
menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Di
samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk
membantu pesakit diabetes.
D) Prof. John R. Lopin,
Penasihat Saintifik di AidGum Foundation, menyatakan Gum Arabic adalah sejenis
resin dan pada masa yang sama ia bertindak sebagai prebiotik untuk menghasil
asid lemak rangkaian pendek (short-chain fatty acid) yang memberikan tenaga
kepada badan di samping menguatkan fungsi usus.
7. Mengenai kemampuan Gum Arabic
mengurangkan risiko sakit jantung, terutamanya sakit jantung koronari (Coronary
Heart Disease, CHD), ini adalah dikaitkan dengan kemampuan gum arabic
menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah disebabkan kandungan serat makanan
larut (soluble dietary fiber) yang tinggi dalam Gum Arabic. Kajian-kajian yang
telah dibuat oleh Kromhort et al. (1982), Pietinen et al. (1996), Rimen et al.
(1996), dan Khaw and Barrett-Connor (1987) telah membuktikan bahawa serat larut
memainkan peranan penting dalam mencegah atau mengurangkan CHD.
8. Gum arabic adalah
satu-satunya makanan yang mempunyai serat larut yang paling tinggi, mencecah
sehingga 85% mengikut fakta pemakanan (nutrition fact) serbuk bancuhan segera
gum arabic yang dikeluarkan oleh beberapa pengusaha. Ini bermakna pengambilan
10 gram gum arabic sehari menyumbangkan 8.5 gram serat makanan larut yang
diperlukan oleh badan untuk proses penghadaman yang sempurna.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar